DEFINISI REFLEKSI DAN PENGAMAL REFLEKSI

     DEFINISI REFLEKSI
  •      Menurut Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan.
  •     Refleksi juga boleh dilihat sebagai menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya. 
  •     Hanipah juga mendefinisikan refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan.

    DEFINISI PENGAMAL REFLEKSI
  •      Amalan refleksi mula diketengahkan oleh Donald Schon pada tahun 1993 melalui bukunya The Reflective Practitioner yang menjelaskan bahawa amalan reflektif sepatutnya merupakan proses berterusan yang melibatkan pertimbangan terhadap sesuatu peristiwa dan pengalaman yang kritikal dalam kehidupan.

  •     Menurut Moon (1999), beliau berpendapat bahawa amalan refleksi ialah satu set keupayaan dan kemahiran untuk menjelaskan langkah-langkah menghadapi sesuatu isu yang berorientasikan penyelesaian masalah.

  •      Pengamal refleksi bukan setakat renungan tentang amalan sahaja tetapi ia memerlukan seseorang merenung tentang apa yang telah berlaku dan mempertimbangkan pelbagai dimensi perlakuan tersebut seperti faktor-faktor yang mempengaruhinya dan kesan-akibat perlakuan tersebut.
  •  Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan (reflection-in-action). 
  •  Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membuat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke ataas tindakan (reflection-on-action)
  •      Guru sebagai pengamal refleksi yang akan membuat penilaian secara berterusan tentang pilihan-pilihan yang dibuat (pendekatan, strategi, kaedah pengajaran, pilihan bertingkah laku dan sebagainya).
•   Guru refleksi akan sentiasa memikirkan cara melaksanakan pengajaran dan memikirkan tentang matlamat akhir proses pendidikan.

  •    Seorang guru refleksi merupakan guru yang menunjukkan kualiti pemikiran strategik yang dapat melihat kesemua peristiwa dan perkara dalam perspektif yang betul.

No comments:

Post a Comment